Sabtu, 24 Mei 2014

:: Pengenalan ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum sahabat budiman :) ...



Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menulis diruangan ini.Hidayah isteri kepada Encik suami Mohd Zunnurain dan ibu kepada seorang cahaya mata Iman Amna kini berusia 1tahun 9bulan menetap di Pasir Pekan, Kelantan. Alhamdulillah sudah dua tahun tamat pengajian dalam bidang Pendidikan Kaunseling dari salah sebuah universiti swasta UNITAR atau lebih dikenali sekarang UNITAR International University namun belum rezeki untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang yang saya minati. Sungguhpun begitu, kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Dengan itu, janganlah kita bersedih bila apa yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan. Teruslah teguh berdiri mengharapkan rahmat dariNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." (Surah Yusud, 12:87)



Usah gusar sahabat sekalian, Hidayah mula berniaga dengan "Craft Felt" bermodalkan puluhan ringgit sahaja pada mulanya dan Alhamdulillah hasil dari berkraf jugalah dapat dijadikan modal untuk mulakan bisnes baking pada Mac 2014 sehingga ke hari ini menjalankan bisnes dari rumah secara online. Tambahan pula, suami sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan untuk mulakan bisnes kecil-kecilan ini dan Alhamdulillah..bulan pertama pendapatan diluar jangkaan ( Indahnya aturanMu ya Allah ) sambil jaga Iman Amna sambil buat duit...teringat kata-kata DAO "Untuk berjaya mesti pandai buat duit". Makanya, saya rasa ini permulaan untuk saya buat duit dan bantu sesama Ummah..Inshaallah..doakan mogamoga saya dapat Infaqkan rezeki kejalan Allah....

Congo bar # halal # homemade :

~ CONGO BAR ~
Jumpa dientri seterusnya.. 
Sekian. dari Ibu Iman Amna...

Wassalam...
~Smile ~