Khamis, 19 Jun 2014

:: Permulaan Bisnes ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Bertemu kembali, hari ini Hidayah ingin berkongsi cerita tentang permulaan bisnes "Congo Bars" yang diusahakan sehingga ke hari ini. Terlebih dahulu saya ingin berkongsi sedikit mengenai bidang kraft yang pernah saya buat secara suka-suka. Tercetusnya idea untuk hasilkan"Bubble Talk" untuk majlis pertunangan, perkahwinan, majlis hari lahir adalah rentetan persediaan perkahwinan adik pada November 2013 dimana saya ingin hasilkan sesuatu yang menarik untuk majlisnya.

~ sahabat ~

Puan Nadzura Sabry adalah pelanggan pertama yang membuat tempahan Bubble Talk untuk "event management".

~ Pn.Nadzura bersama teamnya ~


Berbekalkan keuntungan dari "Craft Felt", saya cuba dapatkan ebook resepi "Riquisimo Mars Chocolate" dari Little Kitchen. Penyediaan yang ringkas dan sangat mudah untuk saya bermula tanpa menggunakan "mixer" atau oven. 


~ Riquisimo Mars Chocolate ~

Alhamdulillah, sambutan betul-betul diluar jangkaan dan sebulan kemudian saya cuba dapatkan satu lagi ebook iaitu "Congo Bars" dari Little Kitchen dan sehingga ke hari ini permintaan terhadap Congo Bars sentiasa ada.

~ Congo Bars ~

Bisnes dari rumah ini hanya menggunakan "Facebook" untuk mempromosikan jualan dan Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk berkongsi di blog sendiri atas tunjuk ajar Puan Zaila dan secara tak langsung menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).

Sekian dari saya untuk entri kali ini,

Wassalam,

~Smile~