Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Pengalaman. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2014

Qaseh Gold Junior

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi

Salam Jumaat yang Barokah...

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Saya mengamalkan Qaseh Gold Junior untuk buah hati ( Iman Amna) sejak awal Ramadhan disebabkan anak langsung tak berselera pada makanan terutamanya nasi. Saya memang agak khuatir dengan berat badan anak hanya 8.56 kg sahaja diusia 1 tahun 9 bulan berbanding dengan sepupunya hampir 12kg pada usia yang hampir sama. Dan Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan produk Muslim iaitu Qaseh Gold dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain.

Mengapa anak-anak kita perlu amalkan Qaseh Gold Junior!


Kepada yang ingin dapatkan produk Qaseh Gold boleh terus hubungi saya ditalian 017-9985751

Inshaallah..banyak lagi yang akan saya kongsikan dengan anda semua.


sebarang pertanyaan mengenai Produk Qaseh Gold Adinda/ Kekanda/Junior 

Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/ieman2
Whatapps/tetegram : 017-9985751


~Smile~

Khamis, 19 Jun 2014

:: Permulaan Bisnes ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Bertemu kembali, hari ini Hidayah ingin berkongsi cerita tentang permulaan bisnes "Congo Bars" yang diusahakan sehingga ke hari ini. Terlebih dahulu saya ingin berkongsi sedikit mengenai bidang kraft yang pernah saya buat secara suka-suka. Tercetusnya idea untuk hasilkan"Bubble Talk" untuk majlis pertunangan, perkahwinan, majlis hari lahir adalah rentetan persediaan perkahwinan adik pada November 2013 dimana saya ingin hasilkan sesuatu yang menarik untuk majlisnya.

~ sahabat ~

Puan Nadzura Sabry adalah pelanggan pertama yang membuat tempahan Bubble Talk untuk "event management".

~ Pn.Nadzura bersama teamnya ~


Berbekalkan keuntungan dari "Craft Felt", saya cuba dapatkan ebook resepi "Riquisimo Mars Chocolate" dari Little Kitchen. Penyediaan yang ringkas dan sangat mudah untuk saya bermula tanpa menggunakan "mixer" atau oven. 


~ Riquisimo Mars Chocolate ~

Alhamdulillah, sambutan betul-betul diluar jangkaan dan sebulan kemudian saya cuba dapatkan satu lagi ebook iaitu "Congo Bars" dari Little Kitchen dan sehingga ke hari ini permintaan terhadap Congo Bars sentiasa ada.

~ Congo Bars ~

Bisnes dari rumah ini hanya menggunakan "Facebook" untuk mempromosikan jualan dan Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk berkongsi di blog sendiri atas tunjuk ajar Puan Zaila dan secara tak langsung menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).

Sekian dari saya untuk entri kali ini,

Wassalam,

~Smile~