Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi
Kebaikan kekacang pada tubuh manusia.
Ramai wanita terutamanya takut untuk memakan kekacang yang dikatakan punca utama jerawat.
Kajian saing membuktikan bahawa kekacang kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan oleh sistem tubuh manusia. Berikut merupakan senarai kekacang yang wajar kita nikmati untuk mendapatkan khasiat tambahan yang ada di dalamnya.
Pecan
Kacang ini boleh didapati dalam bentuk mentah tetapi ianya biasa digunakan sebagai bahan sampingan dalam biskut. Ia berkhasiat bagi membantu menrendahkan kadar kolestrol dalam badan di samping mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini mampu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson.
Walnut
Kacang walnut memang lazat terutamanya jika dinikmati bersama coklat. Ia mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoliec acid, dan phytosterosis. Walnut dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan untuk mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit. Selain itu, ia juga membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh terutamanya sewaktu stress.
Pistachio
Ramai yang menikmati pistachio begitu sahaja kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kacang ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, Vitamin B6, Vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiatnya adalah untuk membantu tubuh mengawal hypertension dan menguatkan daya igatan untuk mengawal tekanan. Ia juga berperanan bagi mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberi kelegaan pada tubuh yang letih.
Macadamia
Ianya mengandungi lemak tak tepu, magnesium, fosforus, thiamin, Vitamin B6, phytosterol dan tinggi dengan kandungan fiber. Berperanan bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Kacang ini juga membekalkan tenaga yang pantas kepada tubuh serta membantu melindungi sel darah dari serangan kanser.
Kacang Hazel
Kacang hazel sering dijadikan bahan utama di dalam biskut dan coklat serta turut memberi manfaat pada tubuh. Pengambilan kacang hazel dalam diet adalah amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. selain itu, ia memberi manfaat untuk kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko kanser. Nutrisi yang dibekalkan di dalam kacang hazel seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.
Gajus
Kacang gajus kaya dengan sumber protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ianya bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu dapat melindungi tubuh dari serangan virus serta kuman dan membantu mengekalkan kesihatan pada kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.
Kacang Badam
Kacang badam bertindak sebagai anti-oksidan serta kaya dengan sumber magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol. Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung serta menguatkan tulang dan gigi.
Kacang Brazil
Kacang brazil tidak begitu popular dalam kalangan penggemar kekacang, tetapi ia kaya dengan magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Ia juga antara sumber yang terbaik bagi pengidap anemia serta membantu menguatkan tulang.
|
Riquisimo Mars Choc dan Congo Bars |
**Tempahan Congo Bars dan Riquisimo Mars Choc.
**Boleh hubungi
Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: wnh hidayah
Whatapps/telegram : 017-9985751