Sabtu, 18 Oktober 2014

Nasihat Orang Tua Yang Menyentuh Hati

Teks : Wan Nor Hidayah 
Imej : Koleksi Peribadi dari Nota Facebook Wnh hidayah





  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan kita, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk di makan.
  • Sebelum kita mengeluh kerana tidak punya apa – apa, cuba kita fikirkan tentang seseorang yang harus meminta-minta di jalanan.
  • Sebelum kita mengeluh tentang suami / isteri kita, fikirkan tentang sesorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang kehidupan, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia dengan terlalu cepat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya tidak dapat melahirkan zuriat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu kita tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
  • Dan di saat kita mengeluh tentang pekerjaan, fikirkanlah tentang orang-orang yang tidak punya pekerjaan, orang-orang cacat, orang-orang yang tidak mampu dan berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
  • Sebelum kita menunjukan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
  • Kita semua menjawab kepada Tuhan. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan mengucap syukurlah kepada Tuhan bahawa sampai detik ini kamu masih diberi kehidupan.
* Sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah....syukur ya Allah.. :)  *


~SMILE~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan