Teks : Koleksi Pengalaman
Assalamualaikum..dan selamat berhujung minggu..
:: Permulaan bagi saya :: |
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)..
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt.
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat”.
-Sumber Google-
-Sumber Google-
Terima kasih sifu Puan Zaila Mohamad atas dorongan dan tunjuk ajar yang tak pernah jemu mencurahkan ilmu. Pada mulanya saya hanya gemar membaca blog rakan-rakan dan pernah menghasilkan blog sendiri tanpa ilmu. Hasilnya hanya sekerat jalan sahaja. Dan Alhamdulillah setelah mengenali kelas blog, memudahkan saya untuk berkongsi ilmu juga menjalankan bisnes secara sambilan.
Setelah hampir dua tahun grad ,belum pernah bekerja dan waktu tersebut saya hanya menguruskan rumahtangga dan mendidik anak 'Iman Amna' sepenuhnya. Allah sebaik-baik perancang, Mac 2014 saya mula dengan bisnes Craft Felt secara online menggunakan medium Facebook dan seterusnya berjinak-jinak dengan baking pula.. Maka terhasilnya fanpage Congo Bars Sedap dan Qaseh Gold Klate . Setelah hampir 7 bulan beurusniaga secara online dan bersahabat dengan rakan-rakan ABDR, banyak yang saya belajar serta kata-kata semangat untuk mengharungi perjalanan sebagai WAHM.
Kepada yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara menghasilkan Blog, boleh ke blog Pn.Zaila
atau boleh hubungi saya:
Fb: wnh hidayah
Whatapps/telegram : 017-9985751
Tiada ulasan:
Catat Ulasan