Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam takziah untuk keluarga mangsa MH17.




Ya Allah sesungguhnya yang dilangi dan dibumi ini adalah milikMu, apa yang berlaku adalah ketentuanMu, 
Kami memohon kasih sayangMu ya Robbi..Berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli mangsa penumpang yang dalam kesedihan..
Hanya padamu kami memohon..Amin Ya Rabb..

Jumaat, 11 Julai 2014

Qaseh Gold Junior

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi

Salam Jumaat yang Barokah...

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Saya mengamalkan Qaseh Gold Junior untuk buah hati ( Iman Amna) sejak awal Ramadhan disebabkan anak langsung tak berselera pada makanan terutamanya nasi. Saya memang agak khuatir dengan berat badan anak hanya 8.56 kg sahaja diusia 1 tahun 9 bulan berbanding dengan sepupunya hampir 12kg pada usia yang hampir sama. Dan Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan produk Muslim iaitu Qaseh Gold dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain.

Mengapa anak-anak kita perlu amalkan Qaseh Gold Junior!


Kepada yang ingin dapatkan produk Qaseh Gold boleh terus hubungi saya ditalian 017-9985751

Inshaallah..banyak lagi yang akan saya kongsikan dengan anda semua.


sebarang pertanyaan mengenai Produk Qaseh Gold Adinda/ Kekanda/Junior 

Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/ieman2
Whatapps/tetegram : 017-9985751


~Smile~

Khamis, 10 Julai 2014

DariNya kita datang dan kembali kepadaNya..

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...
Bertemu kembali..
Syukur Alhamdulillah dapat menulis buat pertama kali pada Ramadhan12. Banyak peristiwa berlaku sebelum Ramadhan dan baru berkesempatan untuk berkongsi disini.

Tanggal 21 Jun 2014:

Nenek sebelah ibu (Mek Som bt Ibrahim) pergi mengadap Illahi pada jam 11.30 pagi. Setelah hampir 1 tahun 9 bulan terlantar dan Alhamdulillah anak-anak sempat jumpa sebelum arwah pergi. Kami doakan mudah-mudahan Mok ditempatkan dalam kalangan para solehah. Al-fatihah :


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)


Khamis, 19 Jun 2014

:: Permulaan Bisnes ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Bertemu kembali, hari ini Hidayah ingin berkongsi cerita tentang permulaan bisnes "Congo Bars" yang diusahakan sehingga ke hari ini. Terlebih dahulu saya ingin berkongsi sedikit mengenai bidang kraft yang pernah saya buat secara suka-suka. Tercetusnya idea untuk hasilkan"Bubble Talk" untuk majlis pertunangan, perkahwinan, majlis hari lahir adalah rentetan persediaan perkahwinan adik pada November 2013 dimana saya ingin hasilkan sesuatu yang menarik untuk majlisnya.

~ sahabat ~

Puan Nadzura Sabry adalah pelanggan pertama yang membuat tempahan Bubble Talk untuk "event management".

~ Pn.Nadzura bersama teamnya ~


Berbekalkan keuntungan dari "Craft Felt", saya cuba dapatkan ebook resepi "Riquisimo Mars Chocolate" dari Little Kitchen. Penyediaan yang ringkas dan sangat mudah untuk saya bermula tanpa menggunakan "mixer" atau oven. 


~ Riquisimo Mars Chocolate ~

Alhamdulillah, sambutan betul-betul diluar jangkaan dan sebulan kemudian saya cuba dapatkan satu lagi ebook iaitu "Congo Bars" dari Little Kitchen dan sehingga ke hari ini permintaan terhadap Congo Bars sentiasa ada.

~ Congo Bars ~

Bisnes dari rumah ini hanya menggunakan "Facebook" untuk mempromosikan jualan dan Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk berkongsi di blog sendiri atas tunjuk ajar Puan Zaila dan secara tak langsung menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).

Sekian dari saya untuk entri kali ini,

Wassalam,

~Smile~






Sabtu, 24 Mei 2014

:: Pengenalan ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum sahabat budiman :) ...



Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menulis diruangan ini.Hidayah isteri kepada Encik suami Mohd Zunnurain dan ibu kepada seorang cahaya mata Iman Amna kini berusia 1tahun 9bulan menetap di Pasir Pekan, Kelantan. Alhamdulillah sudah dua tahun tamat pengajian dalam bidang Pendidikan Kaunseling dari salah sebuah universiti swasta UNITAR atau lebih dikenali sekarang UNITAR International University namun belum rezeki untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang yang saya minati. Sungguhpun begitu, kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Dengan itu, janganlah kita bersedih bila apa yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan. Teruslah teguh berdiri mengharapkan rahmat dariNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." (Surah Yusud, 12:87)



Usah gusar sahabat sekalian, Hidayah mula berniaga dengan "Craft Felt" bermodalkan puluhan ringgit sahaja pada mulanya dan Alhamdulillah hasil dari berkraf jugalah dapat dijadikan modal untuk mulakan bisnes baking pada Mac 2014 sehingga ke hari ini menjalankan bisnes dari rumah secara online. Tambahan pula, suami sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan untuk mulakan bisnes kecil-kecilan ini dan Alhamdulillah..bulan pertama pendapatan diluar jangkaan ( Indahnya aturanMu ya Allah ) sambil jaga Iman Amna sambil buat duit...teringat kata-kata DAO "Untuk berjaya mesti pandai buat duit". Makanya, saya rasa ini permulaan untuk saya buat duit dan bantu sesama Ummah..Inshaallah..doakan mogamoga saya dapat Infaqkan rezeki kejalan Allah....

Congo bar # halal # homemade :

~ CONGO BAR ~
Jumpa dientri seterusnya.. 
Sekian. dari Ibu Iman Amna...

Wassalam...
~Smile ~