Rabu, 29 Oktober 2014

Motivasi Untuk Semangat Diri

Imej : Wan Nor Hidayah
Teks : Koleksi Peribadi

Bertemu kembali..
Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa disini.

MOTIVASI??? Apakah...??

Motivasi adalah nadi penting untuk membolehkan kita bergerak dan mendorong kita ke arah mencapai kejayaan walaupun kita akan mendengar bisikan  “…ala cakap saje cuba buat, sampai bila tidak akan berjaya”. Kita perlu memiliki motivasi yang tinggi bagi mencerminkan diri kita sendiri atau dengan kata lain “siapakah kita sebenarnya?”. Pelbagai perkara yang perlu kita memotivasikan diri contohnya kita perlu berfikiran matang, kreatif dan inovatif. Kita perlu menggunakan sepenuhnya pancaindera yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sebaik mungkin ke jalan yang diredhai. 


you make me SMILE

Kita sebenarnya berupaya memotivasikan diri sendiri menjadi seorang yang berkeyakinan, berfikiran terbuka dan mampu menyelesaikan masalah serta melihat dari sudut pandangan orang lain. Sebagai manusia, kita perlu bertindak matang dan tidak cepat berpurus asa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku-liku. Berusaha, bersyukur dan bertawakal adalah motivasi terbaik untuk kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan.


** Aku Percaya JanjiMu    TUHAN**Disetiap RencanaMu** aku Tahu Itu Yang Terbaik Bagiku**Aku Percaya Mukjizat Itu NYATA
**Dan Indah Pada WAKTUNYA




Isnin, 20 Oktober 2014

Makanan Sunnah Seisi Keluarga

Tekas : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca yang Allah sayang..

Sejak kebelakangan ini, ramai yang Istiqamah dengan pengambilan makanan Sunnah ( Qaseh Gold ). Alhamdulillah...ianya manjadi keutamaan bagi setiap keluarga. **Sihat itu Jihad... **

Qaseh Gold merupakan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd.  yang berpusat di Greenwood dan merupakan rangkaian barangan muslim untuk memenuhi keperluan umat Islam khususnya bagi mendapatkan produk yang suci dari sudut syara' serta bermutu tinggi.

Kenapa perlu Qaseh Gold??


Qaseh membantu permasalahan berikut:


- keletihan/kelesuan
- demam
- selsema
- batuk
- sakit tekak
- migrain
- keputihan dan haid tidak teratur
- kurang keinginan seks
- anemia/kurang darah
- kebas-kebas ringan
 - sakit sendi
- sembelit
- asma
- gastrik
- gout
- buasir
- resdung
- susah tidur
- sakit tumit

**Semua dengan IzinNya**

Qaseh Gold Adinda: Untuk Wanita

**Dirumus dengan madu, kurma, habbatuss sauda, buah tin, minyak zaitun, zaffron, dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. 

Qaseh Adinda berfungsi untuk :

* Wanita hamil sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi


Qaseh Gold Kekanda : Untuk Lelaki


** Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama saffran dan pelbagai herba terpilih lain serta gam arab yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus.


KHASIAT ADINDA DAN KEKANDA: 

1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
3. Mencerdaskan minda
4. Membuang toksin
5. Melancarkan penyerapan dan sistem perkumuhan
6. Meningkatkan sistem imunisasi badan 
7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
8. Mempercepatkan penyembuhan luka
9. Membantu pengeluaran susu ibu
10. Menaikkan seri wajah
11. Menstabilkan emosi

Qaseh Gold Junior untuk permata cinta hati anda!

*Formulasi makanan Sunnah seperti :Kurma, Madu, Kismis, Tin, Zaitun, Delima, Habbatus sauda', Air zamzam, Gingko, Badam, Garam Bukit, Bayam, Zaffaron, Gam Arab, Pegaga

KHASIAT JUNIOR :

  1. Membantu meningkatkan TENAGA
  2. Mencerdaskan, merangsang MINDA
  3. Menyokong TUMBESARAN
  4. Menguatkan SISTEM IMUN TUBUH
  5. Membekalkan SERAT : menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit



SOLE


**KEHEBATAN SOLE YANG MENAKJUBKAN

SOLE paling berkesan menstabilkan degupan jantung yang tidak teratur dan ia mampu mengimbangkan tekanan darah. Ia juga amat penting untuk menyeimbangkan keasidan yang berlebihan di dalam sel-sel tubuh badan, terutama sel-sel otak. Sesungguhnya SOLE adalah penting untuk mengimbangkan tahap gula dalam darah-faktor penting bagi penghidap diabetis.

Titiskan SOLE ke dalam air minuman anda untuk menambah tenaga dan kesihatan tubuh! Dilengkapi dengan 84 mineral semulajadi



SOLE + ADINDA + KEKANDA + JUNIOR : SET KELUARGA






Segala pertanyaan boleh hubungi saya:

Email : wannorhidayahwanibrahim@gmail.com


fb : wnh hidayah


wassap/telegram : 017-9985751














Sabtu, 18 Oktober 2014

Nasihat Orang Tua Yang Menyentuh Hati

Teks : Wan Nor Hidayah 
Imej : Koleksi Peribadi dari Nota Facebook Wnh hidayah





  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan kita, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk di makan.
  • Sebelum kita mengeluh kerana tidak punya apa – apa, cuba kita fikirkan tentang seseorang yang harus meminta-minta di jalanan.
  • Sebelum kita mengeluh tentang suami / isteri kita, fikirkan tentang sesorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang kehidupan, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia dengan terlalu cepat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya tidak dapat melahirkan zuriat.
  • Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu kita tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
  • Dan di saat kita mengeluh tentang pekerjaan, fikirkanlah tentang orang-orang yang tidak punya pekerjaan, orang-orang cacat, orang-orang yang tidak mampu dan berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
  • Sebelum kita menunjukan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
  • Kita semua menjawab kepada Tuhan. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan mengucap syukurlah kepada Tuhan bahawa sampai detik ini kamu masih diberi kehidupan.
* Sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah....syukur ya Allah.. :)  *


~SMILE~

Alangkah Cantikknya Wanita Berhijab

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi/dari nota fb wnh hidayah

Carian Google

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut: 
1)Mangkuk yang cantik. 
2)Madu. 
3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Imej : Wan Nor Hidayah
Teks : Koleksi Pengalaman


Assalamualaikum..dan selamat berhujung minggu..

:: Permulaan bagi saya ::


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)..


Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. 
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat”.
-Sumber Google-

Terima kasih sifu Puan Zaila Mohamad atas dorongan dan tunjuk ajar yang tak pernah jemu mencurahkan ilmu. Pada mulanya saya hanya gemar membaca blog rakan-rakan dan pernah menghasilkan blog sendiri tanpa ilmu. Hasilnya hanya sekerat jalan sahaja. Dan Alhamdulillah setelah mengenali kelas blog, memudahkan saya untuk berkongsi ilmu juga menjalankan bisnes secara sambilan. 

Setelah hampir dua tahun grad ,belum pernah bekerja dan waktu tersebut saya hanya menguruskan rumahtangga dan mendidik anak 'Iman Amna' sepenuhnya. Allah sebaik-baik perancang, Mac 2014 saya mula dengan bisnes Craft Felt secara online menggunakan medium Facebook dan seterusnya berjinak-jinak dengan baking pula.. Maka terhasilnya fanpage Congo Bars Sedap dan Qaseh Gold Klate . Setelah hampir 7 bulan beurusniaga secara online dan bersahabat dengan rakan-rakan ABDR, banyak yang saya belajar serta kata-kata semangat untuk mengharungi perjalanan sebagai WAHM. 

Kepada yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara menghasilkan Blog, boleh ke blog Pn.Zaila
atau boleh hubungi saya: 

Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: wnh hidayah
Whatapps/telegram : 017-9985751


Anak Syurga Ibu_Papa

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah..

Pinjaman yang paling berharga buat kami dari yang Esa...
Lahirnya Iman Amna bt Mohd Zunnurain kedunia tanda pengikat kasih sayang antara kami.



Chinta hati papa ibu
Alhamdulillah...Iman Amna dibesarkan dalam suasana sederhana dan dikelilingi keluarga yang penyayang..Iman Amna ada tok wea + matok .. Tokpa + nenek ..Hari-hari sentiasa ceria walau ibu jauh..Iman Amna sentiasa dekat di hati ibu. 


** Kasih ibu membawa ke syurga
** Kasih ayah tiada penggantinya

sayangilah ibu bapa kita sewaktu mereka masih hidup

pic: google 



Khamis, 16 Oktober 2014

Kebaikan Qaseh Gold

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..berkesempatan untuk berkongsi tentang kebaikan "Sunnah Food" Qaseh Gold dari Ana Edar.

Jika ikhtiar, ianya mampu merawat pelbagai penyakit. Salah satu ramuan yang hebat adalah Habbatus Sauda kerana mampu merawat penyakit kecuali mati.

Ramuan yang terdapat dalam Qaseh Gold 


KENAPA QASEH GOLD?

Ini kerana :
* Memartabatkan Makanan Sunnah
*Membudayakan Makanan Sunnah
*Memudahkan Pengambilan Makanan Sunnah dengan Istiqamah


Untuk pertanyaan dan tempahan, 

Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/ieman2
Whatapps/tetegram : 017-9985751

** Sihat Itu Jihad **


Isnin, 11 Ogos 2014

Resepi Popia Basah

Teks : Wan nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi


Popia Basah






Bahan Kulit :

2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 
3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka 
secubit garam



Cara Membuat : 

Step untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.

Bahan Untuk Inti Popia:



1/2 biji kobis - di racik halus 
3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus 
1 biji sederhana bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu makan udang kering 
garam secukupnya 
minyak untuk menumis

Cara Membuat :

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

**Selamat Mencuba :)

Ahad, 10 Ogos 2014

KHASIAT KURMA

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

KHASIAT KURMA
Kurma adalah salah satu Makanan Sunnah yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh manusia. Antaranya:

1. Mengelakkan penyakit

“Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

2. Memudahkan proses Bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.


3. Memudahkan Proses Pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi gula ringkas (glukosa dan sukrosa). Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. 


4. Menenangkan Perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains.

5. Memelihara Kesihatan dan Menjauhkan Sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).
Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran.

6. Kaya Dengan Serat
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

7. Penguat Memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

8. Mengubati Gangguan Usus dan Sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.




Qaseh Gold Klate


**Produk Qaseh Gold mengandungi ramuan seperti diatas..
sebarang pertanyaan mengenai Produk Qaseh Gold Adinda/ Kekanda/Junior 


Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: wnh hidayah
Whatapps/tetegram : 017-9985751

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kebaikan Kekacang Pada Tubuh Manusia

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Kebaikan kekacang pada tubuh manusia.


Ramai wanita terutamanya takut untuk memakan kekacang yang dikatakan punca utama jerawat. 
Kajian saing membuktikan bahawa kekacang kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan oleh sistem tubuh manusia. Berikut merupakan senarai kekacang yang wajar kita nikmati untuk mendapatkan khasiat tambahan yang ada di dalamnya. 


Pecan 
Kacang ini boleh didapati dalam bentuk mentah tetapi ianya biasa digunakan sebagai bahan sampingan dalam biskut. Ia berkhasiat bagi membantu menrendahkan kadar kolestrol dalam badan di samping mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini mampu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson. 




Walnut 

Kacang walnut memang lazat terutamanya jika dinikmati bersama coklat. Ia mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoliec acid, dan phytosterosis. Walnut dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan untuk mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit. Selain itu, ia juga membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh terutamanya sewaktu stress.


Pistachio
Ramai yang menikmati pistachio begitu sahaja kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kacang ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, Vitamin B6, Vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiatnya adalah untuk membantu tubuh mengawal hypertension dan menguatkan daya igatan untuk mengawal tekanan. Ia juga berperanan bagi mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberi kelegaan pada tubuh yang letih.


Macadamia
Ianya mengandungi lemak tak tepu, magnesium, fosforus, thiamin, Vitamin B6, phytosterol dan tinggi dengan kandungan fiber. Berperanan bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Kacang ini juga membekalkan tenaga yang pantas kepada tubuh serta membantu melindungi sel darah dari serangan kanser.





Kacang Hazel 
Kacang hazel sering dijadikan bahan utama di dalam biskut dan coklat serta turut memberi manfaat pada tubuh. Pengambilan kacang hazel dalam diet adalah amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. selain itu, ia memberi manfaat untuk kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko kanser. Nutrisi yang dibekalkan di dalam kacang hazel seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.


Gajus
Kacang gajus kaya dengan sumber protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ianya bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu dapat melindungi tubuh dari serangan virus serta kuman dan membantu mengekalkan kesihatan pada kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.




Kacang Badam
Kacang badam bertindak sebagai anti-oksidan serta kaya dengan sumber magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol. Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung serta menguatkan tulang dan gigi.




Kacang Brazil 
Kacang brazil tidak begitu popular dalam kalangan penggemar kekacang, tetapi ia kaya dengan magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Ia juga antara sumber yang terbaik bagi pengidap anemia serta membantu menguatkan tulang.





Riquisimo Mars Choc dan Congo Bars

**Tempahan Congo Bars dan Riquisimo Mars Choc.

**Boleh hubungi 
Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: wnh hidayah
Whatapps/telegram : 017-9985751







Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam takziah untuk keluarga mangsa MH17.




Ya Allah sesungguhnya yang dilangi dan dibumi ini adalah milikMu, apa yang berlaku adalah ketentuanMu, 
Kami memohon kasih sayangMu ya Robbi..Berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli mangsa penumpang yang dalam kesedihan..
Hanya padamu kami memohon..Amin Ya Rabb..

Jumaat, 11 Julai 2014

Qaseh Gold Junior

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi

Salam Jumaat yang Barokah...

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Saya mengamalkan Qaseh Gold Junior untuk buah hati ( Iman Amna) sejak awal Ramadhan disebabkan anak langsung tak berselera pada makanan terutamanya nasi. Saya memang agak khuatir dengan berat badan anak hanya 8.56 kg sahaja diusia 1 tahun 9 bulan berbanding dengan sepupunya hampir 12kg pada usia yang hampir sama. Dan Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan produk Muslim iaitu Qaseh Gold dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain.

Mengapa anak-anak kita perlu amalkan Qaseh Gold Junior!


Kepada yang ingin dapatkan produk Qaseh Gold boleh terus hubungi saya ditalian 017-9985751

Inshaallah..banyak lagi yang akan saya kongsikan dengan anda semua.


sebarang pertanyaan mengenai Produk Qaseh Gold Adinda/ Kekanda/Junior 

Email: wannorhidayahwanibrahim@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/ieman2
Whatapps/tetegram : 017-9985751


~Smile~

Khamis, 10 Julai 2014

DariNya kita datang dan kembali kepadaNya..

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...
Bertemu kembali..
Syukur Alhamdulillah dapat menulis buat pertama kali pada Ramadhan12. Banyak peristiwa berlaku sebelum Ramadhan dan baru berkesempatan untuk berkongsi disini.

Tanggal 21 Jun 2014:

Nenek sebelah ibu (Mek Som bt Ibrahim) pergi mengadap Illahi pada jam 11.30 pagi. Setelah hampir 1 tahun 9 bulan terlantar dan Alhamdulillah anak-anak sempat jumpa sebelum arwah pergi. Kami doakan mudah-mudahan Mok ditempatkan dalam kalangan para solehah. Al-fatihah :


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)


Khamis, 19 Jun 2014

:: Permulaan Bisnes ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Bertemu kembali, hari ini Hidayah ingin berkongsi cerita tentang permulaan bisnes "Congo Bars" yang diusahakan sehingga ke hari ini. Terlebih dahulu saya ingin berkongsi sedikit mengenai bidang kraft yang pernah saya buat secara suka-suka. Tercetusnya idea untuk hasilkan"Bubble Talk" untuk majlis pertunangan, perkahwinan, majlis hari lahir adalah rentetan persediaan perkahwinan adik pada November 2013 dimana saya ingin hasilkan sesuatu yang menarik untuk majlisnya.

~ sahabat ~

Puan Nadzura Sabry adalah pelanggan pertama yang membuat tempahan Bubble Talk untuk "event management".

~ Pn.Nadzura bersama teamnya ~


Berbekalkan keuntungan dari "Craft Felt", saya cuba dapatkan ebook resepi "Riquisimo Mars Chocolate" dari Little Kitchen. Penyediaan yang ringkas dan sangat mudah untuk saya bermula tanpa menggunakan "mixer" atau oven. 


~ Riquisimo Mars Chocolate ~

Alhamdulillah, sambutan betul-betul diluar jangkaan dan sebulan kemudian saya cuba dapatkan satu lagi ebook iaitu "Congo Bars" dari Little Kitchen dan sehingga ke hari ini permintaan terhadap Congo Bars sentiasa ada.

~ Congo Bars ~

Bisnes dari rumah ini hanya menggunakan "Facebook" untuk mempromosikan jualan dan Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk berkongsi di blog sendiri atas tunjuk ajar Puan Zaila dan secara tak langsung menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).

Sekian dari saya untuk entri kali ini,

Wassalam,

~Smile~






Sabtu, 24 Mei 2014

:: Pengenalan ::

Teks : Wan Nor Hidayah
Imej : Koleksi Peribadi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum sahabat budiman :) ...



Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menulis diruangan ini.Hidayah isteri kepada Encik suami Mohd Zunnurain dan ibu kepada seorang cahaya mata Iman Amna kini berusia 1tahun 9bulan menetap di Pasir Pekan, Kelantan. Alhamdulillah sudah dua tahun tamat pengajian dalam bidang Pendidikan Kaunseling dari salah sebuah universiti swasta UNITAR atau lebih dikenali sekarang UNITAR International University namun belum rezeki untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang yang saya minati. Sungguhpun begitu, kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Dengan itu, janganlah kita bersedih bila apa yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan. Teruslah teguh berdiri mengharapkan rahmat dariNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." (Surah Yusud, 12:87)



Usah gusar sahabat sekalian, Hidayah mula berniaga dengan "Craft Felt" bermodalkan puluhan ringgit sahaja pada mulanya dan Alhamdulillah hasil dari berkraf jugalah dapat dijadikan modal untuk mulakan bisnes baking pada Mac 2014 sehingga ke hari ini menjalankan bisnes dari rumah secara online. Tambahan pula, suami sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan untuk mulakan bisnes kecil-kecilan ini dan Alhamdulillah..bulan pertama pendapatan diluar jangkaan ( Indahnya aturanMu ya Allah ) sambil jaga Iman Amna sambil buat duit...teringat kata-kata DAO "Untuk berjaya mesti pandai buat duit". Makanya, saya rasa ini permulaan untuk saya buat duit dan bantu sesama Ummah..Inshaallah..doakan mogamoga saya dapat Infaqkan rezeki kejalan Allah....

Congo bar # halal # homemade :

~ CONGO BAR ~
Jumpa dientri seterusnya.. 
Sekian. dari Ibu Iman Amna...

Wassalam...
~Smile ~